KOTA BHARU, 23 Dis (Hrkh) - Keberanian wartawan Iraq, Muntazer al Zaidi yg bertugas di saluran televisyen Al-Baghdadiya membaling kasut ke arah George W Bush turut dipertahankan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat."Hak bagi mencegah mungkar boleh dilakukan menggunakan tangan, lidah, hati atau kasut seperti dilakukan wartawan di Iraq.
"Bagi mereka yang pandai melukis boleh guna kartun dan bagi mereka yang tiada kaedah lain bolehlah guna kasut," katanya selepas seminar anjuran Kelantan Biotech Corporation Sdn Bhd di Dewan Teratai semalam. �
Baru-baru ini seorang wartawan penyiaran Iraq membaling kasut ke arah Presiden Amerika Syarikat pada satu sidang media ketika lawatan perpisahannya ke Iraq pada 14 Disember lalu.
Ekoran insiden itu wartawan terbabit ditahan pihak berkuasa Iraq. Bagaimanapun tindakan beraninya mendapat sokongan pelbagai pihak di seluruh dunia.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am PAS berkata, tindakan membaling kasut ke arah Presiden Amerika merupakan tanda penentangan terhadap kemungkaran dan penganiayaan yang dilakukannya terhadap masyarakat dunia.
"Langkah yang diambil wartawan terbabit adalah jelas mewakili masyarakat Iraq yang telah ditindas penjajahan Amerika Syarikat dan ia merupakan satu tindakan bijak," katanya.




.png)

No comments:
Post a Comment