Tuesday, August 25, 2009

Berkata Imam Al-Ghazali


Jika engkau ingin petunjuk Iman,
• Kuatkanlah dirimu untuk menerima
segala musibah
• Bertenang dalam menanggung sega kepahitan
• Sifat sabar terbentang dalam dadamu
• Lisanmu perlu dikunci
• Matamu dikawal
• Rahsiamu disembunyikan dan hanya dilihat Allah sahaja
• Namamu jangan terkenal
• Pintumu ditutup
• Mulutmu tersenyum
• Perutmu lapar, hatimu luka
• Hindari dari terkenal
• Pangkatmu terpendam
• Keaibanmu disembunyi dari umum
• Setiap hari menahan kepahitan dari zaman dan teman
• Sedangkan hatimu menurut
• Siangmu berbakti kepada orang ramai
• Tanpa membangkit-bangkitnya
• Matamu rindu pada Tuhan
• Sepi dari pandangan
• Ambillah kesempatan pada malam itu
• Jadikan ia Jalan dan persiapan untuk hari kiamat!

pesan Imam Ghazali: “Carilah hatimu di tiga tempat… Temui hatimu sewaktu bangun membaca Al Quran. Tetapi jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak kau temui juga, kau carilah hatimu ketika duduk tafakkur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati!”

No comments:

Post a Comment